PANDUAN MEMBELI KERETA TERPAKAI

1) Cara - Cara Yang Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.

1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.

Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.

Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.

2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.

Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.

Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.

Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.

Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna

dari Kereta.info
----------------------------------------------------------------------------------

2) Petua Membeli Kereta Terpakai

Petua Membeli Kereta Terpakai -
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang- Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .- Pastikan enjin tidak diubahsuai- Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk- Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah- Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik- Pastikan lantai tidak berkarat- Pastikan ‘dashboard’ tidak retak- Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik- Pastikan tali pinggang boleh dipakai- Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin- Pastikan meter suhu bergerak- Pastikan lampu minyak enjin menyala- Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik- Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran- Tiada masalah semasa penukaran gear- Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?- Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.- Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.

PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.
Petua diatas tidak dapat dijalankan sepenuhnya,semasa membeli kereta lelong kerana : -
1)) Kereta Lelong Dikunci
2) Bonet Depan Kereta Dibuka Sahaja
3) Tiada Salinan Pendaftaran Kereta Dilampirkan
Tetapi, Masih Ramai yang dapat membeli Kereta Leong dengan Harga Murah.